Friday, November 4, 2011

Hantu Story



   Assalamualaikum & salam sejahtera~

Kebelakangan ni aku selalu tengok movie yang aku dah simpan berbulan-bulan. Memang saja kumpul banyak-banyak time di universiti dulu sebab untuk stok time cuti sementara tunggu konvo & dapat kerja. Kadang aku paksa diri untuk tengok, kalo x best, delete ia dari hidupku. Kalau best, simpan untuk anak cucu, boleh pula camtu kan. Haha~

Actually, I realized something about horror movie nowadays. Kalau kamu perasanlah, filem hantu Hollywood dulu & sekarang sangat berbeza. Dulu, waktu sekolah rendah, aku selalu tengok cerita hantu omputeh tapi cerita hantu Hollywood at that time memang sangat mengarut. Senang sebut, sangat bodoh. Kalau boleh diorang mahu buat hantu yang ganas gila & sesadis mungkin. Hantu makan orang, koyak orang, patahkan orang, boleh kira hantu yang 'terlampau'. Walaupun tu rekaan, tapi x payahlah mau takutkan orang dengan hantu-hantu 'low-class' yang nampak macam spesies binatang 'karnivor' menyerupai manusia. Kalau cerita @ plot best, kira ok la, tapi storyline pun entah apa-apa. Kalau begitu, bagus aku layan cerita Sang Kancil dengan Buaya, lagi best & suspen.

Dulu kalau mau tengok movie, kena pinjam kaset video dari kedai, so rugilah duit pinjam cerita hantu tapi x best. Contohnya filem seperti 'Freddy vs Jason', '13 Ghosts', & beberapa lagi yang aku pernah tengok. Ndak mampu ingat yang lain sebab x best. Masih ada part yang seram cuma overall story memang x tergambar dengan perkataan-perkataan negatif yang ada dalam kamus. Ada gak filem yang best tapi berapa kerat jak.

Freddy vs Jason

13 Ghosts

Penghujung 90-an & start Millenium, Jepun, Korea & Hong Kong pula naik dengan filem-filem seram diorang yang boleh tahan & hantu yang x mengarut sangat. Korang boleh perasan tu perbezaan genre cerita hantu Asia dengan Hollywood time tu. Contoh filem seram Asia yang popular adalah 'Ringu', 'Dark Water', 'Ju-On', 'A Tale of Two Sisters', 'The Eye', 'One Missed Call' & lain-lain lagi. 

Ringu

Ju-On

A Tale of Two Sisters

Dark Water

Hantu Hollywood pula masa tu memang dah x laku, nak takutkan budak tadika pun mungkin x mampu. So, mulalah diorang copy paste, ala macam kita buat assignment. Haha~  Mulalah diorang refilm balik cerita hantu Asia, 'The Grudge (Ju-On)', 'The Ring (Ringu)', The Eye, Dark Water, One Missed Call & beberapa lagi. Hollywood ni x la hebat sangat, kan? Bila dah kekeringan idea, copy juga daripada luar.

The Ring

The Grudge

One Missed Call

After that, cerita hantu Hollywood dah macam ok sikit. Seram tapi x berunsur 'karnivor' dah. Antara filem yang best macam Amityville Horror, Paranormal Activity & Insidious. Dah xda spesies pemakan & pengoyak manusia dalam filem-filem diorang. Mungkin sedar gak diorang 'kekhilafan' diorang sebelum ni. Hehe~  

The Amityville Horror

Insidious

Paranormal Activity 3

By the way, sekarang ni cerita hantu Melayu pun dah berlambak-lambak, ada yang boleh tahan tapi kebanyakannya memang menyedihkan. Bila aku tengok, aku x tau macam mana mau respon, rasa bercampur-baur, lawak, sedih, menyampah & macam-macam lagi. Yalah, jalan cerita tunggang terbalik, pastu pengajaran x banyak. Bukan apalah, kita di Malaysia pentingkan nilai-nilai murni kan, so filem kita pun kenalah banyak pengajaran juga. Janganlah sekadar mau cari untung semata-mata dengan filem yang x selaras dengan kepercayaan kita, maksud aku dengan agama Islam terutamanya. Memanglah ada gak unsur-unsur Islam dimasukkan dalam filem-filem hantu kita tapi ada yang x kena cara ia diselitkan. Harap kamu perasanlah. Sometimes aku rasa cerita hantu kita x selaras dengan aqidah kita. Di sini, kita x boleh samakan dengan International movie sebab pegangan diorang lain. Kita tahu pegangan kita camna, so bila buat story, kenalah buat mengikut kepercayaan kita. Bukan begitu?


Mistik

Karak

Rasuk

Apa-apapun, semua ni pendapat aku, berdasarkan pengamatan aku. Sebenarnya, kerap tengok movie memang x bagus kan, apatah lagi cerita hantu camni. Yang penting pandai bawa dirilah masa tengok cerita hantu, janganlah kita terikut-ikut dengan benda-benda dalam filem tu, sampai terbawa-bawa ke realiti.  Hehe~ Lagi satu, jangan pula pegangan agama kita tergugat bila tengok cerita seram ni, ni yang bahaya ni. Just relax & open. :)


Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...