Monday, February 27, 2012

Warrior [2011]


Aku nak buat review bagi satu movie yang aku baru tengok hujung bulan lepas, WARRIOR. Actually ni movie 2011 tapi since aku rasa ia best, aku buatlah review. Lagipun publisiti untuk filem ni tak memberangsangkan, jadi mesti ramai yang tak tau & tak tengok lagi.


Genre filem adalah sports drama, so ia menyentuh emosi penonton sebab ada elemen drama di situ. Sukan di sini pula adalah mixed martial arts. So maybe ada yang anggap filem ni disasarkan lebih kepada lelaki, since poster pun nampak macam ganas, kan? Tapi korang silap kalau fikir camtu sebab elemen hubungan kekeluargaan tu yang paling penting dalam cerita ni sebenarnya.


Warrior menceritakan tentang kisah dua beradik yang terasing selama bertahun-tahun tetapi bertemu semula dalam pertandingan MMA (mixed martial arts). Plot cerita menekankan konflik antara kedua adik-beradik tersebut dan juga dengan ayah diorang. Kiranya ada perselisihan 3 arah dalam cerita ni. Si abang dan si adik juga masing-masing mempunyai konflik dalaman sendiri dan seterusnya mendorong mereka untuk perlu memenangi pertandingan tersebut. 


Plot cerita ni akan membawa kita untuk menyelami isi hati dan konflik emosi setiap watak tersebut. Moral values seperti maaf-memaafi dan menghargai darah daging sendiri sememangnya digarap penuh agar nilai itu melekat dalam diri penonton.


Bagi aku, kesemua pelakon berjaya menghayati watak diorang terutama watak si ayah yang dilakonkan oleh Nick Nolte. Lakonan pak cik nilah yang paling best! Watak si abang dan si adik masing-masing dilakonkan oleh Joel Edgerton (The Thing, 2011) dan Tom Hardy (Inception, 2010). Filem ni pun dapat rating tinggi tau, 8.2/10 by IMDb dan 83% by Rotten Tomatoes. Aku punya rating pula adalah 9/10


Yang penting korang mesti tengok filem ni, bagi aku ia memang best & touching. Entahlah, filem-filem yang menekankan hubungan kekeluargaan ni selalu 'menusuk' dalaman aku. Haha~ Aku tak nangis pun, time tu mata aku just masuk habuk je. :p


Warrior (2011) Trailer







Comments
3 Comments

3 comments:

  1. tak penah dengar pulak pasal muvi ni.boleh kaitkan dgn quote ni la eh.
    blood is thicker than water.

    ReplyDelete
  2. yup, ramai xpnah dngar sbb rasanye x masuk panggung M'sia. Tp, seriously best. Btw, setuju dgn quote tu, "Blood is thicker than water". Nice quote~ :)

    ReplyDelete
  3. heheh..

    jom baca entry baru kat sini

    http://blogbudaksengal.blogspot.com/2012/02/pasangan-berkelakuan-tidak-senonoh-di.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...