Wednesday, March 7, 2012

This Means War [2012]



Dah tonton filem This Means War? Hari tu tonton movie ni dengan my members, kitorang & semua orang dalam panggung tergelak habis-habisan dari mula sampai habis. 
Super duper lawak. Haha~ Pecah perut!


This Means War adalah filem romantik komedi aksi yang dilakonkan oleh popular actor & actress, iaitu Reese Witherspoon (Legally Blonde, 2001), Chris Pine (Star Trek, 2009), & Tom Hardy (Inception, 2010). Plot cerita simple je, dua ejen CIA yang macho & sememangnya besfren berebut untuk memenangi hati seorang pompuan. Mula-mula diorang tak perasan yang diorang dating pompuan yang sama, tapi lepas dah tau, masing-masing bersaing dengan cara yang ekstrem untuk dapatkan pompuan tu. Cara nak pikat tu bukan cara biasa ya, tapi ekstrem. Apa yang berlaku sepanjang 'proses' untuk memenangi hati pompuan tu yang benar-benar memecahkan perut kita.

Besfren yang jadi tak sebulu

Pelbagai taktik CIA digunakan oleh dua orang mamat tu tanpa pengetahuan si pompuan. Si pompuan ni pun naik pening untuk pilih yang mana satu. The best part, iaitu yang paling lawak bagi aku adalah scene dalam bilik lukisan. Nak tau apa yang berlaku dalam scene tu, kenalah tengok kat panggung. Hehe~

Taktik mengayat pompuan dalam kedai CD

Pemilihan pelakon memang terbaik sebab kesemua pelakon berjaya bawa watak dalam adegan-adegan lucu sebegini. Lagipun diorang sebelum ni memang pernah muncul dalam filem-filem lawak yang best; Reese Witherspoon dalam filem Legally Blonde, Chris Pine dalam Just My Luck, dan Tom Hardy dalam RocknRolla.

Perkembangan plot ni agak ringkas sedikit, so jangan mengharap untuk lihat scene-scene yang menangkap emosi jiwa dalaman penonton. Ia sememangnya dipenuhi dengan scene lawak semata-mata. Jika scene drama ditambahkan lagi dan digarap dengan lebih baik, confirm filem ni lagi best. 

Cara extreme untuk pikat gadis

Tom Hardy dalam awal-awal filem dah ditunjukkan sebagai seorang duda yang gagal dalam perkahwinannya. That's why-lah dia try nak cari yang baru. Rasanya lebih baik jika kisah perceraian si Tom Hardy ni diceritakan detail sedikit agar penonton dapat merasa 'gangguan jiwa' watak mamat ni. Kalau korang dah tengok filem ni, mungkin akan bersetuju kenapa kisah perceraian tu perlu di-detail-kan sedikit. 

Lagi satu, aksi antara dua ejen CIA ni dengan seorang musuh besar diorang boleh dikatakan best, tapi kalau aksi tersebut ditambah lagi, confirm lagi terbaik.
More action, more satisfaction. Hehe~

Best action!

Anyway, bagi aku secara overall, filem ni memang santai, simple, dan best! Harus korang tonton. Aku bagi rating untuk filem ni adalah 7/10. Kalau korang nak tau siapa yang berjaya memenangi hati pompuan tu, kenalah tonton sendiri di pawagam.

Siapa yang dapat pompuan ni? Entah, haha~


Comments
2 Comments

2 comments:

  1. Uish..kena tgk ni...xboley jadi..ada reese n chris... :D

    ReplyDelete
  2. tengok la utk kurangkan stress~ hehe~ mmg xleh tahan gelak~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...