Monday, April 9, 2012

Tahniah Mr. Aaron Aziz



Best-lah orang tu semalam, dapat kereta percuma. Siapa? Aaron Aziz lah, pujaan semua wanita. Eh, apasal aku tiba-tiba cerita pasal Aaron Aziz ni? Datang penyakit ke aku ni? Bukan, saja buat-buat sakit.



Apapun, tahniah kepada abang Aaron Aziz kerana merangkul anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2011. Layaklah juga, since nama dia meletup-letup tahun lepas. Tambahan lagi, penangan Ombak Rindu yang melambung-lambung Malaysia tahun lepas turut menjulang naik pelakon ni. Dalam Ombak Rindu tu lakonan Aaron Aziz dan Maya Karin memang mantap pun, berjaya hayati watak dengan sangat bagus. So, they deserved it. 


Actually aku tak minat sangat tonton anugerah-anugerah muzik atau artis ni, seriously. Depend dengan mood aku, kalau rasa nak tengok, aku tengoklah. Cuma semalam aku beria-ia nak tahu sebab sorang member aku ni macam menimbulkan anjakan sifat ingin tahu tu.


Member aku ni dah tahu awal-awal senarai pemenang ABPBH, sebab dia jadi juruaudit dalaman masa pengiraan undi semua pencalonan pada Jumaat lepas. Kitorang pun 'tumpang' mengetahui pemenang-pemenang untuk beberapa kategori. Hehe~ But nothin special pun, bukannya dapat apa lepas dah tahu, kan?

Lepas tu, bila tanya, "Siapa bintang paling popular?". Jawapannya, "Tak boleh bagitau, kena tengoklah sendiri nanti". Puas kitorang paksa, dia tetap tak nak bagitau. Tapi takper, respek kat Ammar sebab teguh merahsiakannya. Well done!


Dia bagi hint yang pemenang adalah pelakon. Aku memang dah expect Aaron Aziz tapi still ragu-ragu. Disebabkan aku rasa tercabar sebab tak dibagitau walaupun penat mendesak, eagerness aku untuk tengok anugerah ABPBH pun melonjak. Haha~ Gitulah alkisahnya.



Comments
5 Comments

5 comments:

  1. woo, hebat la Ammar, menimbulkan curiousity awk. bertambah sorang penonton. hehe.

    ReplyDelete
  2. haha~ yup, memang brjaya dia buat kita lg curious... :D

    ReplyDelete
  3. err, tak minat pak aaron bin aziz ni.. lol =.='

    ReplyDelete
  4. yup, patutnya aaron aziz kena share hadiah tu sikit ngan saya....haha...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...