Friday, November 16, 2012

Sinister [2012]



Dah tengok Sinister? Fuuuh, 1st komen aku - SERAM! Aku berminat tengok movie ni sebab produser dia adalah produser filem paling horror tahun lepas, Insidious. Dan, nasib baik filem ni tak mengecewakan, puas hati gak aku tengok.


Ellison Oswalt, novelis true-crime berpindah ke sebuah rumah baru bersama dengan isteri, Tracy dan dua orang anaknya. Rumah tu adalah kawasan jenayah yang mana keluarga sebelum ni telah mati dibunuh kejam, kecuali Stephanie, anak bongsu keluarga tersebut yang hilang selepas kejadian. Ellison nak jadikan kes pembunuhan tu sebagai bahan untuk novel barunya, di samping berharap agar kajiannya boleh menemukan Stephanie.

Memang pelik tetiba ada satu je kotak kat loteng rumah.

Time pindah tu, Ellison jumpa sebuah kotak kat loteng rumah yang berisi sebuah projektor dan beberapa gulungan rakaman video. Tajuk video-video tu ok je, tapi bila dimainkan, macam-macam kes bunuh ditunjukkan melalui rakaman tersebut. Ada satu part tu, Ellison perasan ada muka pelik yang bukan berwajah manusia. So, bermulalah misteri - Kenapa kotak tu ada kat loteng? Siapa yang rakam semua video tu? Siapa yang bunuh family-family tu? Siapakah insan dengan wajah menakutkan tu? Huhu....

Jadi novelis jenayah ni agak susah gak rupanya, kena buat kajian sendiri.

Tak macam cerita hantu tipikal yang lain, 'mangsa mati atau hilang secara misteri, then lepas tu jadi hantu ganggu manusia'. Filem ni tak straight-to-the-point, ia penuh dengan misteri yang secara asasnya kita tak tahu samada berpunca daripada jenayah manusia atau supernatural being. 

Huhu, babak seram. Siapa yang turn on projector tu???

Sepanjang kita nak tahu rungkaian misteri tu, sepanjang tu jugalah kita dikejutkan dengan scenes yang meremangkan segala bulu roma. Aku boleh cakap yang rasa seram tu bercampur-baur, seram terhadap betapa kejamnya jenayah dibuat & seram terhadap benda supernatural. Btw, filem ni ganas gak sebab agak 'kreatif' pembunuhan yang dilakukan.

Nah, ambik kau, memang aku terkejut time ni. Btw, ni budak lelaki ye
(ker aku sorang je yang tertipu ingatkan ni pompuan?)

Cara diorang olah misteri tu memang mantap sebab susah nak teka apa yang berlaku seterusnya, dan hebat cara diorang twist cerita ni. Aku tak expect ending Sinister macam tu, serius tak jangka.

Terpaksa bekerjasama dengan sorang polis ni.

Ada sikit unsur humor diselitkan, tapi sikit je la. Nanti lebih-lebih dah tak horror pula. Takde la juga korang memanjang je tutup mata sepanjang cerita. Hehe~

Another thing, nilai kekeluargaan begitu ditekan dalam filem ni. Nilai dan konflik keluarga tu berkait rapat gak dengan real life. Pengajaran, jangan busy sangat dengan kerja sampai lupa family. Family first!

Makin hari, kejadian makin pelik berlaku.

Aku cuma rasa kureng sikit dari segi feel seram at the climax. Kenapa? Klimaks cerita ni tak berapa jelas tau. "Eh, dah dekat ending?" Time tu aku baru nak feel the most horror part, tapi terus habis macam tu je. So impak seram tu tak berapa dirasai, bagi akulah. Kalau mau compare, Insidious is better on that horror aspect.

Lukisan yang mencurigakan.

Apapun, bagi aku, Sinister adalah antara cerita horror terbaik tahun ni. Rasanya ia berjaya membuat sesetengah orang terbayang-bayang keseramannya apabila duk sendirian. Aku bagi bintang 7.5/10. Nice twist!



P/S: Time tengok kat panggung hari tu, mamat duk sebelah aku memang takut habis. Siap tutup mata & telinga lagi. Hurm macam tu, baik tak payah masuk tengok. Aku tutup mulut je, sebab nanti risau tetiba spontan sebut "s**t!" dengan kuat waktu babak-babak saspen. Haha~




Comments
3 Comments

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...