Thursday, September 26, 2013

Ilusaniti - Bikin Tak Puas Hati?


Aku bukan kaki novel, tapi ada minat jugak la nak baca novel thriller. Kalau nak habiskan 1 malam, aku memang tak mampu. Biasanya akan ambik berbulan untuk habis (dah kata aku bukan kaki novel), tapi kalau yang best sangat, boleh la aku diskaun-kan untuk ditamatkan dalam lebih kurang seminggu.

Sebagai insan yang dah menghulurkan berkupang-kupang wang untuk menjadi pembaca kepada sebuah novel, tidak salah rasanya untuk aku memberi komen. Tak ada la komen ala-ala artis, komen biasa-biasa aja...Ok, shadaap, proceed please~  :p

Pernah baca novel Ilusaniti? Komen anda? Ok, demi melunaskan hak sebagai pembaca yang juga pengguna, aku nak berterus-terang yang aku kurang berkenan dengan novel ni. Tapi aku terpaksa habiskan juga sebab nanti rasa rugi pulak sebab dah beli...huhu....

Kenapa wei? Suka hati je mentioned kurang berkenan, at least dia tu dah berjaya tulis novel, kau tulis blog pun tak pasti lagi kalau ada orang nak baca. Okay, okay, enough dengan monolog dalaman.

Aku bukan mau condemn-kan pun tapi just utarakan pendapat yang terbuku di dada. Penulisan cerita Ilusaniti ni bagi aku bagus, the author memang talented. Honestly, aku suka cara penulisan Mr. Adib Zaini ni.


But paling penting bagi aku, pengajaran dalam sebuah cerita. Aku tak dapat nak korek pengajaran cerita Ilusaniti ni, apatah lagi ni cerita orang Malaysia. Memang tak ada masalah semua karekter-karekter 'gelap' yang wujud dalam story tapi kalau dah sampai ke hujung cerita pun watak tak ada perubahan positif, then memang aku 90% terasa sia-sia baca. Sorry to say...

Memang realitinya ada orang yang tak berapa nak Islamic or berbudi-pekerti, instead budaya barat lagi diagungkan. Tapi Ilusaniti ni macam menggambarkan perkara tu "It's okay" di kalangan orang Melayu Islam, sampai la cerita habis. Tu sebabnya aku cakap tiada pengajaran (uish, macam tak puas sangat aku ni).

Novel ni bukan novel clean, serius penuh dengan kata-kata kesat. Actually terasa real, macam realiti perbualan insan-insan yang biasa menggunakan kata-kata kesat. Haha... Aku okay sebenarnya, terasa ada kelainan dalam sebuah novel, tapi kekesatan makin menjadi-jadi sampai ke pertengahan cerita. Rasanya tak perlu pun nak tunjukkan betapa kasarnya watak dengan cara begitu. Aku yang baca pun dah macam nak memaki-hamun kepada novel ni.


Bagi aku, kalau ya pun nak buat sebuah novel fiksyen, nilai-nilai adab Timur dan terutamanya ciri Islam haruslah dilandaskan dengan betul. Mostly watak pun muslim, so kenapa la seolah-olah ciri yang tak berapa nak murni tu yang dilebih-lebihkan. At least wujudkan sedikit perubahan positif di ending, baru ok sikit.

Sememangnya Mr. Ramlee Awang Murshid jauh lebih baik dalam penceritaan novel fiksyen & thriller.

Semua ni hanyalah pendapat aku, sebagai pembaca, aku layak bagi komen, kan? Apapun, still salute kepada penulis sebab berjaya bukukan sebuah cerita. Kalau compare dengan aku, memang aku tak mampu la. Peace k!
Wallahualam...




Tuesday, September 17, 2013

Kembara Beijing 2011 - Part 2

[UNIVERSITY & EMBASSY]


Masa pergi Beijing hari tu, sempatlah rombongan kitorang melawat dua universiti dan berkunjung ke Kedutaan Malaysia kat sana. Cuma tak berpeluang bertemu kepimpinan pelajar kedua universiti tersebut atas sebab-sebab tertentu. Kalau dapat ketemu, mesti lagi bagus, dapatlah sharing something. Then, nasib baik la dapat berkunjung ke Kedutaan Malaysia, dapat tambah input sikit.



Peking University

Berpeluang masuk dan pijak kaki kat universiti terbaik dunia ni. Serius cantik!
Sehingga sekarang pun, Peking University ni masih lagi tersenarai dalam Top 50 World University Rankings. Mantap!

Tempat & suasana yang lawa & kondusif.

Rombongan kitorang, UMS 2011.

Sekitar kawasan universiti.
Aku pun tak ingat sangat, rasanya time visit kitorang tu waktu cuti diorang.



Tsinghua University

Sempat gak singgah ke universiti ni, tapi tak berpeluang masuk. So kira just macam satu persinggahan je la (ayat nak bajet sedih pulak). Tsinghua University (Qinghua University) ni pun tersenarai dalam Top 55 World University Rankings. Hurrm... Tsinghua ni pun bukan calang-calang universiti.





Embassy of Malaysia

Dalam sesi bersama Kedutaan Malaysia ni, banyak ilmu dan pengetahuan yang kitorang dapat tentang Beijing dan tersiratnya keadaan kat situ, termasuklah kelebihan Beijing & isu atau permasalahan komuniti/penduduk. Valuable knowledge!

Kedutaan Malaysia + UMS 2011

Lawa bangunan Kedutaan Malaysia ni.

Segakkan diri & smart-kan pose... Yeah!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...