Thursday, September 26, 2013

Ilusaniti - Bikin Tak Puas Hati?


Aku bukan kaki novel, tapi ada minat jugak la nak baca novel thriller. Kalau nak habiskan 1 malam, aku memang tak mampu. Biasanya akan ambik berbulan untuk habis (dah kata aku bukan kaki novel), tapi kalau yang best sangat, boleh la aku diskaun-kan untuk ditamatkan dalam lebih kurang seminggu.

Sebagai insan yang dah menghulurkan berkupang-kupang wang untuk menjadi pembaca kepada sebuah novel, tidak salah rasanya untuk aku memberi komen. Tak ada la komen ala-ala artis, komen biasa-biasa aja...Ok, shadaap, proceed please~  :p

Pernah baca novel Ilusaniti? Komen anda? Ok, demi melunaskan hak sebagai pembaca yang juga pengguna, aku nak berterus-terang yang aku kurang berkenan dengan novel ni. Tapi aku terpaksa habiskan juga sebab nanti rasa rugi pulak sebab dah beli...huhu....

Kenapa wei? Suka hati je mentioned kurang berkenan, at least dia tu dah berjaya tulis novel, kau tulis blog pun tak pasti lagi kalau ada orang nak baca. Okay, okay, enough dengan monolog dalaman.

Aku bukan mau condemn-kan pun tapi just utarakan pendapat yang terbuku di dada. Penulisan cerita Ilusaniti ni bagi aku bagus, the author memang talented. Honestly, aku suka cara penulisan Mr. Adib Zaini ni.


But paling penting bagi aku, pengajaran dalam sebuah cerita. Aku tak dapat nak korek pengajaran cerita Ilusaniti ni, apatah lagi ni cerita orang Malaysia. Memang tak ada masalah semua karekter-karekter 'gelap' yang wujud dalam story tapi kalau dah sampai ke hujung cerita pun watak tak ada perubahan positif, then memang aku 90% terasa sia-sia baca. Sorry to say...

Memang realitinya ada orang yang tak berapa nak Islamic or berbudi-pekerti, instead budaya barat lagi diagungkan. Tapi Ilusaniti ni macam menggambarkan perkara tu "It's okay" di kalangan orang Melayu Islam, sampai la cerita habis. Tu sebabnya aku cakap tiada pengajaran (uish, macam tak puas sangat aku ni).

Novel ni bukan novel clean, serius penuh dengan kata-kata kesat. Actually terasa real, macam realiti perbualan insan-insan yang biasa menggunakan kata-kata kesat. Haha... Aku okay sebenarnya, terasa ada kelainan dalam sebuah novel, tapi kekesatan makin menjadi-jadi sampai ke pertengahan cerita. Rasanya tak perlu pun nak tunjukkan betapa kasarnya watak dengan cara begitu. Aku yang baca pun dah macam nak memaki-hamun kepada novel ni.


Bagi aku, kalau ya pun nak buat sebuah novel fiksyen, nilai-nilai adab Timur dan terutamanya ciri Islam haruslah dilandaskan dengan betul. Mostly watak pun muslim, so kenapa la seolah-olah ciri yang tak berapa nak murni tu yang dilebih-lebihkan. At least wujudkan sedikit perubahan positif di ending, baru ok sikit.

Sememangnya Mr. Ramlee Awang Murshid jauh lebih baik dalam penceritaan novel fiksyen & thriller.

Semua ni hanyalah pendapat aku, sebagai pembaca, aku layak bagi komen, kan? Apapun, still salute kepada penulis sebab berjaya bukukan sebuah cerita. Kalau compare dengan aku, memang aku tak mampu la. Peace k!
Wallahualam...




Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...