Klik Untuk Tawaran Hebat!

Wednesday, December 31, 2014

Ada Apa Dengan Airpak Express? Urgh... Mampus Aku!


Aku order barang. Semuanya baju, total weight = 3.5 kg. Jadi korang boleh bayangkan betapa besarnya barang tu. Seller tanggung harga pos, yeah! Barang dipos pada 03/12/2014.

Gembira diriku di saat itu.
Excited tunggu barang banyak-banyak.

TAPI.....

Di sepanjang hari 04/12/2014, aku menunggu penuh kesabaran, tunggu kat ofis sebab pakai office address. Makin ke petang, jiwa ni makin tak sabar. Mana Airpak Express ni, bila mau call bagitau nak hantar barang?

Dari Perak ke Selangor, sepatutnya sehari dah sampai. Takpa, aku bersabar lagi. Ala, baru sehari takkan tak boleh tunggu, rilek la.

Okay, hari Jumaat 05/12/2014 penantian makin menyeksakan, seolah aku tak boleh meneruskan langkah-langkah kaki, even nak jalan ke toilet.

As suggested by a member, aku check la kat sistem Airpak status barang tu. Nasib baik seller ada bagi aku Consignment note no. Nombor itu sangat penting ok! Satu-satu kekunci keyboard aku tekan, nombor ke nombor aku masukkan. Bermula dengan nombor 2, then 0, 0 lagi, dan 0 lagi, 4, 6, 3, dan...

DUSH!!!
Tak payah nak dramatik sangat, macam nak cerita jumpa jembalang.

Okay okay, dalam sistem Airpak, barang tu dah sampai on 04/12/2014, 11.00 am. What?????

MANA BARANG AKU???


Terus aku lompat kijang ke kaunter receptionist. Ku hunuskan pisau pemotong bawang ke halkum brader yang jaga kaunter tu, "Mana barang aku?!"

Cerita punya cerita, siasat punya siasat, tanya sini sana, barang tu memang tiada. Tak wujud kat ofis! Jadi, mana barang aku? Kenapa receipt dah signed & stamped, sistem pun dah update, tapi barang takda!

Lepas cek CCTV, dapat bukti yang barang aku sememangnya tak masuk dalam guni yang Airpak hantar ke ofis. Beta murka, berani-beraninya mereka berbuat khianat terhadap diri beta!

"Hello, ini Airpak PJ. Boleh saya bantu?".
"Hello, saya Ezwan, saya nak cek bla bla bla...." (murka la sangat) :p

Siasatan dilakukan oleh Airpak Express (pinjam ayat Berita Harian jap), sekali sekala tu aku follow up. In the meantime, memang kena bersabar la, of course aku paling takut kalau barang tu hilang kena curi. Who knows kan...


Selepas 2 minggu, barang tu masih tak jumpa & Airpak kata no irregularities during night & day shift operations. Fuh fuh fuh berasap la aku... Ini betul-betul murka!

Kalau tiada mistake waktu diorang kerja tu, then macam mana barang tu boleh tak masuk dalam guni yang hantar ke ofis? Lagi aku bising kenapa delivery-man tu boleh sesuka hati stamped & signed all receipts (including receipt barang aku) in the absence of receptionist?

Untuk tambah perisa cili, aku mentioned, 'Airpak macam tak serius nak cari item tu, sebab kadang macam susah nak update status.'

Panjang email aku reply kat diorang. Masa tu petang 21/12/2014. Aku siap printscreen gambar delivery-man yang main suka hati ambik stamp ofis aku & signed all receipts sedangkan receptionist tak masuk ofis lagi time tu. Berkali aku bangkitkan isu tu tapi kali tu aku cakap kaw kaw. Berhemah la sikit walaupun cuma nak hantar barang kan...

On 22/12/2014, aku datang kerja as usual, tapi dah tak berharap aku akan jumpa barang tu. Putus harapan. Huhu... Sekarang aku tau yang Sheila On 7 tulis lagu Berhenti Berharap tu untuk aku. Aku tinggal nak fight untuk compensation from Airpak Express ja. Adakah lagu ACAB, Fight For Your Right tu ditujukan untuk aku gak?

THEN.....

Petang hari tu, aku dapat call dari Airpak, "Ada parcel untuk encik Ezwan."
Huh?

Hooray! Hooray! Adakah itu barang yang dicari?

Alhamdulillah, maksudnya rezeki tu masih untuk aku. Aku mintak diorang hantar hari tu jugak, aku tak nak tunggu sehari lagi, aku nak confirm-kan kuantiti & condition baju-baju tu okay.

Petang tu (sanggup aku tunggu walaupun dah habis office hour), datang la sorang mamat dari Airpak bawa barang aku. Yeah yeah yeah, penantian yang seksa dah tamat!

:
:
:

"Kenapa ar lepas saya marah kaw kaw, baru barang tu jumpa?"

"Owh, actually barang tu dah masuk kat bahagian barang tak dituntut bla bla bla..."
Apa yang dapat ku simpulkan from his explaination - Airpak kat Petaling Jaya ni (HQ lagi tu) banyak sangat miscommunication. Lepas ni, sorry to say aku dah tak berani nak pakai Airpak Express PJ.



Lepas tu, jeng jeng jeng... tetiba muncul Racun yang tak diduga!

On the way ke car park, perbualan luar skop terjadi:

                                     Mamat tu: Kalau saya nak tanya something, boleh tak?
                                                      Ni soalan tak berkaitan pasal Airpak.
                                     Aku: Apa tu, tanya la (hati yang dah happy ni jadi pelik).
                                     Mamat tu: Encik ni PLU ker?

PLU?
Huh? Huh? Huh? Huh? Huh? Huh? Huh?
Huh? Huh? Huh? Huh? Huh? Huh? Huh?
Betulkah apa yang aku dengar ni?!!


Warrggghhh..... #@$%&*%)*%&($ !!!

Tetiba rasa ada seribu tombak menikam dada!
Soalan apa yang kau ajukan ni bangsat???
Huhu...kenapa la boleh berurusan dengan mamat gay pulak ni?
Boleh slumber je tanya camtu.
Adoi, rasa macam nak terjun dari tingkat atas bangunan ofis!

Buat meremang betul... Larriii~ Run for your life!

Korang tau tak apa tu PLU? Search la sendiri k. Huhu... Aku tau term tu pun sebab dulu zaman universiti pernah gak kena sekali soalan camtu (apa la nasib aku ni), tapi tu random message dari entah sapa, unknown person. Aku siap tanya balik, PLU tu apa? Entah celaka mana la yang mesej tu.

DOWN terus aku wei lepas ditanya face to face camtu oleh orang tak dikenali...
Semalaman aku berfikir, part mana yang nampak aku ni macam homoseks?
Gaya tak la smart, selekah gak. Huhu..
Argghh...aku nak tukar no. phone la...




Sunday, December 28, 2014

Di Malaysia...


Di Malaysia, politik wujud di semua perkara dan ketika
Di Malaysia, rakyat itu pakar politik minda kelas pertama
Di Malaysia, Facebook medan cakaran tanpa suara
Di Malaysia, perjuangan rakyatnya hebat sini sana

Ingatkah, kita berkelahi sewaktu Sulu menyerang Sabah
Ingatkah, kita berkelahi sewaktu MH370 hilang dari radar
Ingatkah, kita berkelahi sewaktu MH17 ditembak bercerai sisa
Dan haruskah, kita berkelahi di saat banjir besar melanda

Aku terfikir, mencari salah itukah sumber kepuasan manusia
Aku terfikir, kenapa saat diuji, saat itu kita makin berbalah
Aku terfikir, kenapa gaduh kita tak pernah temu penyudah
Dan ku terfikir, bala apa harus mari baru semua kita bersama

Oh saudara, tabahkan hatimu tempuh dugaan-Nya
Oh saudara, kau diuji kerna Dia tahu engkau kuat hadapinya
Oh saudara, aku tahu ku tak rasa penderitaan sama
Oh saudara, aku hulur bantu selagi mana diizinkan-Nya



#prayforpantaitimur
#prayforeastcoast
 #prayformangsabanjir
#jomhulurbantuan



Friday, December 19, 2014

Layan Suara Itu


Semenjak kerja ni kan, masa kita banyak habis depan komputer. Betulkan? Siapa setuju sila angkat kening kanan 2 inci.

Aloo tak payahlah angkat betul-betul...

When I said 'depan komputer', I mean sehari semalam duduk menghadap komputer. Sehari & semalam la kau tak berada di dunia realiti.


Kalau tak depan komputer pun, mata menghadap handphone jugak, buka FB, Instagram, Twitter, main game, ditambah dengan WhatsApp, WeChat, dan apa-apa lagi la yang sekarang ni menghancurkan realiti hidup kau. Tragis bunyinyaaa...

Rutin ketiadaaan hidup:
Day Time = Kerja, kerja & kerja. Bajet macam komited sangat terhadap kerja  :p
Night Time = Download movie, then layan sampai muntah hijau.

So, computer is ruining your life!


Haha positif sikit, kena la pandai uruskan masa & hidup. Eh keluar ayat nasihat pulak. Hehe...

Okay, aku pun tak boleh lari dari kehidupan 'depan komputer', especially zaman kerja ni.
Waktu malam, kadang aku tonton movie atau kekadang tu 'orang dalam movie' yang layan aku mengorok.

Aku ni orang yang kurang upaya nak layan drama series yang berepisod-episod & bersiri-siri panjangnya. Penat aku nak follow sampai berjuta siri. Kena lagi bila sampai satu episod yang relate dengan citer lepas dan aku pulak ingat-ingat lupa part tu, masa tu aku akan dilanda kebingungan sampai tak ingat identiti sendiri (dasar loser).

So kesimpulannya, aku boleh dikategorikan sebagai OKU untuk drama series. Yeah, I'm proud of it! lol. Disebabkan tu aku hanya mampu tengok TV Show ja. Eh padahal satu je TV Show yang aku layan dari mula episod sampai habis. Haha~


Aku start tengok The Voice US sejak Season 3 lagi. Sekarang, the latest one is Season 7, yang baru ja sampai penghujungnya hari tu, 16/12/14.


Adoi panjang sangat mukadimah aku ni!

____________________________________________________________________

Kenapa aku layan The Voice ni?

1 - Aku nak asah bakat nyanyi sebagai persediaan nak masuk AF. Sila percaya. lol

2 - The Voice diadaptasi daripada Realiti TV Vokal Bukan Sekadar Rupa. Mat saleh ni suka copy copy kita laa... lol

3 - The Voice ni kelakar, especially waktu Blind Audition, coaches 'gaduh-gaduh' berebut artis. Paling lawak tengok Adam Levine & Blake Shelton 'gaduh'.

4 - TV Show - habis terus, tak sambung bersiri-siri (ulang point tadi je). Pastu, mana-mana part & nyanyi tak best, aku boleh skip, jimat masa. Yeah, the power is in your hand! Bwahaha...

5 - Tak ada angkat luggage, turun pentas, sesi air mata selama berjam-jam. Drama hipokrit sebegitu tak wujud.

6 - Konsep The Voice best - ada Blind Audition, Battle Round, Knockout Round, The Live Shows.


7 - Contestant yang talented, cover lagu orang pun best (kadang lagi best dari original version). Pastu, diorang siap rekod studio version lagi. Mana yang best aku download & layan~

8 - Kadang diorang nyanyi lagu old skool yang tak pernah aku dengar, dan best! Di kala kini mat saleh penuh dengan lagu sampah (drug, sex, club, mencarut, etc), lagu lama yang diberi nafas baru tu lagi better nak dengar.

____________________________________________________________________

Season 6


Josh Kaufman (team Usher) adalah juara untuk The Voice 6. Brader ni aku minat since awal-awal lagi. Dia best nyanyi lagu-lagu Soul, Pop & R&B.


Josh Kaufman - Stay With Me
First time aku dengar kewujudan lagu ni masa dia nyanyi ni la. Then baru lagu ni famous. Bagi aku studio version Josh lagi best dari penyanyi asal Sam Smith, mungkin sebab dengar dari dia dulu kot.


Josh Kaufman - I Can't Make You Love Me
Ni lagu lama & of course aku tak pernah dengar. Tapi sekarang studio version Josh la yang aku layan.

************

Satu lagi yang stylo bila nyanyi is Christina Grimmie (team Adam Levine). Minah kecik ni YouTube sensation, tapi aku tak kenal pun before The Voice. Dia dapat 3rd place dalam The Voice 6. Kalau dia tak banyak sangat jerit masa nyanyi, maybe boleh bagi saingan sengit untuk menang.


Christina Grimmie - Hold On, We're Going Home
Dia ni kreatif, kau try dengar lagu ni dia nyanyi, kau akan rasa yang lagu asal tu macam paras buku lali ja tahapnya.

____________________________________________________________________

Season 7


Musim ke-7 baru je habis pada 16/12/14. Ramai cakap musim ke-7 is the best season. Final 4 hebat-hebat belaka. Kalau finalis yang dapat no. 2, 3 & 4 (semua team Adam) tu letak kat previous seasons, mungkin ada chance menang kat situ. Begitulah kot analoginya.

************

The winner of Season 7 is Craig Wayne Boyd (team Blake Shelton), brader tu layak menang tapi since dia Country singer yang sejati, so aku tak minat. Lain la kalau aku ni membesar dalam pekan Cowboy, naik kuda pakai cowboy hat, maybe aku layan classic country. Tapi some modern country songs ataupun Country yang 'terpesong' macam Taylor Swift, aku boleh layan.


Craig Wayne Boyd - I Walk The Line
Ni antara Craig punya best performance. Mantap siot dia nyanyi.

************

Matt McAndrew (team Adam Levine) dapat 2nd place walaupun dia artis paling konsisten sepanjang Season 7. Aku minat mamat ni & expect dia yang menang. Lagu-lagu yang dia cover best & powerful macam original version tapi in different way la, especially lagu genre indie pop & rock. Lagu 'Somewhere Over The Rainbow' dia nyanyi masa final tu macam tak sesuai untuk dia, so kureeng sikit, tu sebab tak juara kot.


Matt McAndrew - The Blower's Daughter
Aku tak pernah dengar this song sebelum ni. Lepas dengar dia nyanyi, terus aku melekat dengan his rendition.


Matt McAndrew - Wasted Love
Syok-nya Season 7 ni setiap finalis dapat chance untuk ada lagu diorang sendiri, original song. Lagu original Matt McAndrew sedap gak dan berjaya pecah carta No. 1 untuk certain charts.

Klik link ni: Matt McAndrew - Wasted Love untuk Official MV. 

************

Chris Jamison (team Adam Levine) yang dapat 3rd place pun mantap gak. Falsetto dia power! Ceh, ayat ikut komen juri. Haha... Mamat klon Channing Tatum ni paling banyak improve & dah dekat-dekat final baru aku tertarik dengan style nyanyian dia.


Chris Jamison - When I Was Your Man
Lagu ballad Bruno Mars ni susah kot nak nyanyi, tapi dia berjaya bawak dengan different style & yet powerful.


Chris Jamison - Cry Me a River
Lagi satu lagu fav aku mamat ni cover. Smart dia nyanyi taw! Terus teringat masa zaman sekolah dulu memanjang aku nyanyi lagu ni kat bilik tapi apakan daya aku hanya berjaya menyumbangkan suara yang dah sedia sumbang. lol

************

Damien (team Adam Levine) adalah finalis yang dapat 4th place. Season 7 sememangnya didominasi oleh lelaki, finalis pun semua jantan, no ladies.


Damien - Someone Like You
Antara best performance Damien, lagu Adele versi lelaki. Hebat dia bawak lagu ni, try dengar.

____________________________________________________________________

Harap diorang ni keluar single & album yang best-best pasni, jadi boleh la aku continue layankan.


Kalau korang nak download The Voice TV Episode, klik link kat bawah ni:
KickassTorrents - The Voice
AwesomeDL - The Voice

Kalau nak download & layan The Voice Studio Version, klik link kat bawah ni:
KickassTorrents - Studio Version
mp3clan (kena search sendiri)



Sunday, November 30, 2014

2014: Interstellar, Big Hero 6, Mockingjay Part 1






Interstellar


Interstellar adalah filem fiksyen sains yang mengisahkan tentang misi mencari planet baru untuk menempatkan populasi manusia dek kerana Bumi yang semakin tak sesuai didiami akibat crop blight (kemusnahan tanaman) & fenomena Dust Bowl (ribut pasir). Bekas juruterbang NASA, Joseph Cooper (Matthew McConaughey) dan sekumpulan pangkaji cuba merentas galaksi melalui wormhole (jalan pintas kepada ruang-masa) demi menjayakan misi tersebut.


Filem ni sarat dengan ilmu dan teori sains astronomi yang akan buat otak kau memproses pantas dan tuntas tapi at last kau tak faham menyeluruh pun sebenarnya the science behind the story (yela, kalau dia cerita pasal rantaian makanan haiwan, senang la faham kan. LOL).

Plot penceritaan yang best, dengan nilai emosi & sentimental yang selari dengan perkembangan cerita berjaya menjadikan filem ni 'hidup' dalam konflik yang pelbagai aspek. Kita tidak dibawa untuk meneliti misi mencari planet semata tetapi fokus kita turut ditarik untuk mendalami hubungan kekeluargaan di waktu permasalahan besar menduga. Aku bagi 9/10 blackhole...ehh bintang untuk Interstellar.




Mockingjay - Part 1


Sambungan from the second movie, Catching Fire [2013], Katniss Everdeen (Jennifer Lawrence) yang diselamatkan daripada 75th Hunger Games bersetuju untuk menjadi 'Mockingjay', simbol kepada pemberontakan terhadap Capitol. Pada masa yang sama, Peeta Mellark (Josh Hutcherson) yang menjadi tawanan Capitol membuatkan Katniss tidak tenang dengan tindakannya.


Penuh dengan drama, especially kesedihan, kemarahan dan peningkatan semangat juang Katniss. Pun begitu, aksi dan thriller seperti yang kita dah disajikan dalam 2 filem sebelum ni tak banyak dan less exciting untuk beberapa scene filem ni. Aku rasa sebab dah split to 2 parts, tu yang Part 1 jadi macam sedikit kosong.

As you know, pelakon-pelakon memang superb, so dramatic scenes berjaya bagi kesan dan tak la kau rasa macam tunggul waktu diorang Katniss tengah sembang-sembang sedih. Suka la tu korang kan bila makin jiwang jadinya Katniss dengan Peeta. Hehe... Okay, filem ni aku bagi 7.5/10 bintang, jom layan Part 2 tahun depan!




Big Hero 6


Hiro Hamada, si genius robotik cuba merungkaikan misteri terhadap satu peristiwa hitam yang berlaku kepadanya. Hiro ditemani oleh Baymax, sebuah robot yang diprogramkan sebagai personal healthcare. Dengan kebijaksanaannya, Hiro membuat transformasi ke atas Baymax dan kawan-kawannya menjadi sekumpulan wira high-tech untuk menumpaskan kejahatan kat San Fransokyo.


Bagi aku, filem ni adalah animated superhero terbaik selepas The Incredibles, tahun 2004 dulu. Humor, aksi, drama semua serba-serbi mantap. Produser berjaya menghidupkan watak Baymax sebagai robot yang cool, funny yet powerful! Baymax adalah ikon terbaik filem ni.

Tengok cartoon ni best sebab kekadang touching cerita animasi lebih menyentuh jiwa sanubari (fuh, jiwa sanubari tuu) di samping humor yang kelakar habis. Bab-bab ni la jugak yang disajikan oleh filem Big Hero 6. Positif sikit la jiwa raga kau walaupun tengok kartun je. Hehe...

CGI filem ni seriously cun, aku kagum jap masa awal-awal filem tunjuk bandar San Fransokyo yang cantik! Nasib baik storyline pun cantik gak! Aku bagi 8/10 bintang. Nice to watch!







Thursday, November 27, 2014

Tengok Gunung Kinabalu Dari Atas Awan


Assalamualaikum...
Salam sejahtera pembaca sekalian...

Lama jugak aku tak update blog kan.
Terdengar sayup suara berbicara, "Who cares samada kau update atau tak?".
Haha~ okay abaikan.

Aku cuma nak share 1 benda saja.
Ni antara experience yang jarang-jarang dapat.

Siapa pernah fly dari Kuala Lumpur ke Sandakan, Sabah waktu awal pagi? Sila angkat ibu jari kaki kanan 90 darjah sebagai tanda 'Ya, saya pernah!'. Yang kaki busuk, just angkat tangan cukup. Tapi kalau ketiak pun 'harum' semerbak, cuma cakap 'Ya' pun boleh.

Abaikan perenggan di atas sebab penuh merapu. Cuba tengok gambar kat bawah ni yang diambil oleh seorang jurugambar amatur yang masih kekal amatur sampai sekarang.


View Gunung Kinabalu dari atas flight Air Asia; KL to Sandakan.
Tarikh: 24 Januari 2013
Masa: 8.40 pagi


Korang nampak tak tersergamnya Gunung Kinabalu kat situ? Lagi cantik kalau dapat tengok live sendiri. Serius aku tak tipu, Subhanallah memang indah tengok dari atas flight.

Seingat aku, masa tu aku tengah tidur, then ada announcement from pilot yang kapal sedang melepasi Gunung Kinabalu. Since aku pun first time nampak full view dari atas, aku pun cepat-cepat ambil phone nak snap photo. Nak dijadikan sadisnya cerita, handphone aku Off lagi masa tu (kenapalah mematuhi peraturan sangat aku ni...haha~).

Waktu orang dah snap beratus ribu gambar, aku baru nak On-kan phone, then set Flight Mode. Jiwa berkecamuk, kenapalah phone ni lembap sangat nak On (salahkan phone pulak daa...). Wastage sungguh, orang dah juling tengok gunung, handphone aku baru On.

Di masa kritikal kapal makin menjauhi gunung, sempat la aku snap 2 gambar. Itu pun actually dah jauh! Okay la kan, at least dapat tengok live secara jelas.

Ni 2nd photo. Gunung dah lepas makin jauh masa ni.


Peluang ni dapat kalau korang fly awal pagi, flight dari KL pukul 6am++ (sebab sampai Sabah pukul 8am++), cuaca pagi tu harus cerah kat Sabah, dan korang kena duduk seat paling hujung belah kiri, seat A ok. Kalau kau dapat seat B, boleh la nampak sikit-sikit. Itupun kalau yang duduk seat A tu tak excited tahap mak lampir sampai cover satu tingkap. LOL.

Kalau kau dapat seat yang lain, kau duduk je la diam-diam baca menu makanan, sebab memang takde chance nak tengok. Hehe...

Aku rasa flight from KL to Kota Kinabalu, takkan dapat tengok Gunung Kinabalu, tapi kalau flight from Kota Kinabalu ke Sandakan, boleh nampak gunung tu, but condition kena sama la macam kat atas.

Tengok dari atas daaahh, tapi daki gunung taaakkk pernah lagi...
Nama saja orang Sabah.... Hahaha~
InsyaAllah next time~  :)



*******
Siapa ada gambar or experience tengok Gunung Kinabalu dari atas, silalah share-share ya... :)




Tuesday, September 16, 2014

Sandakan, Sabah


Selamat Hari Malaysia 16 September!

Sempena Hari Malaysia ni, mari aku ceritakan sikit pasal one part of Malaysia. Tempat asal dan tempat aku membesar, SANDAKAN, Sabah.

Tapi aku story lebih kepada Bandar Sandakan dalam entri ni. Kalau cerita satu Bahagian Sandakan, 7 keturunan pun aku tak habis tulis. Next time cerita lagi kalau ada chance. Hari tu dah story pasal Sepilok Sandakan.

Okay, bandar Sandakan ni biasa je, tak besar pun, ala-ala pekan classic gitu, tapi cukup sifat untuk keperluan. Lokasi dekat tepi laut, nak cari makanan laut dan barang mentah lain senang saja. Murah!

Pandangan bandar Sandakan dari atas bukit. Nice view, kan? Siapa yang nak bunuh diri terjun dari bukit ni akan terkesima kejap. Tengok pemandangan laut tu yang best sebenarnya. Hehe~


Bangunan-bangunan sini tak tinggi. Spiderman confirm tak boleh nak hidup kat sini.


Tepi laut. Lepak kat area sini petang-petang pun best jugak. Masa aku kecik dulu, kawasan ni adalah tempat kapal penumpang & kapal nelayan berlabuh. Dulu masa kecik, aku pergi bandar Sandakan selalu naik ikut kapal laut.


Kapal-kapal ni dari kampung jauh-jauh seberang sana, berlabuh di satu point. Masa duduk jauh dengan bandar dulu, bila nak sampai bandar je, terus kaki ni rasa macam nak lompat kijang dari kapal ke jeti bandar. Excited la katakan.


Pasar Umum Sandakan.
Tempat kalau nak cari ikan, udang, sotong, sayur, kerepek, etc. Souvenir, baju, keychain pun ada jual kat sini.


Dewan Bandaraya Sandakan.
Apa-apa majlis besar selalu dibuat di sini. Tapi berapa kali je aku pijak kaki masuk ke dewan ni, rasanya tak sampai 4 kali seumur hidup aku. Nampak macam anti-sosial aku kat situ. Haha~


Perpustakaan Sandakan.
Tempat menimba ilmu. Padahal masuk bukan cari ilmu sangat pun. Masa kecik dulu, masuk ikut kakak aku, tapi cari buku gambar binatang, sampai rasa macam nak curi buku binatang tu. Haha...

Tapi kan, view dari Perpustakaan ni best tau, nampak laut terbentang luas. Pernah sekali tu kitorang duduk tepi tingkap, siap nampak ikan lumba-lumba lagi, tapi ekornya je la, waktu tu hujan. Hujan biasanya muncul.

Okay, bila dah besar, sekolah menengah, kat sini jadi tempat lepak chit chat tak sudah. Kononnya study group, tapi menyimpang jadi gelak group. Rosak institusi bahan bacaan.


Masjid Jamik.
Ni masjid atas bukit kat bandar Sandakan. Biasa kalau lepak kat bandar, singgah solat kat masjid ni, termasuklah sembahyang Jumaat. Dah lama ni masjid ni, heritage site jugak la.


Agnes Keith's House.
Kenal tak Agnes Keith siapa? Dia seorang penulis (American) yang menulis buku Land Below the Wind. Tak silap Negeri di Bawah Bayu tu dapat nama daripada tajuk buku dia tu la.

Rumah ni sekarang dijadikan pameran kepada pelancong. Dulu tak pernah datang sini. Aku baru pergi awal tahun ni dengan member, tapi dah petang sangat masa tu, so dah tutup. Jadi kitorang berlegar kat luar je la.

Masa tu petang dah dekat maghrib, memang creepy kawasan rumah ni. Huhu... Boleh pulak time tu macam fefeeling nak benda ghaib muncul~ Haha... Nauzubillah.


Nah, guide untuk korang, mana la tau tetiba sampai ke Sandakan.


Pantai Pasir Putih.
Pantai ni dekat je dengan bandar Sandakan. Pantai ni dulu menjadi singgahan kitorang adik-beradik, sepupu-sepapat, mandi berenang beramai-ramai. Dulu sangat cantik, ramai orang datang. Selalu jumpa tapak sulaiman kat sini.

Tapi sekarang, dah kurang terjaga. Sayang la terbiar camtu. Harapnya lebih terurus la dari semasa ke semasa. Alam semulajadi, kalau tak jaga, kita juga yang rugi.


Pasar Sim-Sim.
Singgah pasar ni kalau nak makan ikan bakar sedap.


Proud to be orang Sandakan.
Nak dibanggakan sangat tu tidaklah, yang penting aku dah membesar dengan baik kat situ.
Sesiapa yang nanti nak pegi Sandakan, aku ucapkan Selamat Datang!






Thursday, September 11, 2014

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku, Seorang Blogger!




Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Since sekarang tak ada idea nak update blog, so aku pun nak join gak segmen blogger famous, Mr. Ben Ashaari. Sambil-sambil tu, boleh la korang sebagai reader mengenali diri hamba ni serba sedikit. Hehe...

Empunya diri ni berasal dari Sabah. Membesar dan belajar kat negeri sendiri sampailah ke level degree di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Berhijrah bersendirian ke Semenanjung Malaysia setelah menjunam ke bidang pekerjaan. Dah nak dekat 3 tahun berada kat semenanjung (tapi slang Sabah aku masih jelas kedengaran yaa...). It's okay, proud to be Sabahan baa. Hehe~ Tapi, aku tak lupa kampung halaman, tiap raya Aidilfitri & waktu ada rezeki, aku balik kampung demi family tercinta  :)

Blog aku ni biasa je sebenarnya, seperti yang korang tengok sekarang. Aku tulis blog tak tentu, kejap cerita pasal pengalaman aku, kejap cerita pasal aktiviti bersama kawan, kejap aku review movie, kejap aku merepek kat sini. Yang penting, aku suka cerita pasal negeri aku, tempat-tempat best kat Sabah. Bolehlah korang jenguk kejap. Then, aku suka layan dan nilaikan filem, tu sebab selalu tulis review filem. Kadang berangan nak buat filem sendiri. Haha~

Sebagai blogger, aku punya impian jugak. Aku nak jadi feymes mengalahkan Ben Ashaari. Mampu? Haha... tak ada la, memang takkan la. Sebenarnya, aku nak ada pembaca setia kepada blog aku, itu yang paling penting. Bila punya pembaca setia, semangat nak tulis blog tu berkobar-kobar. Apa yang kita tulis tu terasa dihargai & ada value. Tapi of course la blog kena best, kan. Jadi aku pun sentiasa memperbaiki dan meningkatkan skill menulis & ber-blogging. Harapnya mutu penulisan aku meningkat dari semasa ke semasa. InsyaAllah~ :)

Thanks sudi singgah & baca blog ni!




Monday, September 8, 2014

'Tembakan' Dalam Panggung



Korang pernah nak ber-enjoy, lepas tu kena marah oleh someone yang tak dikenali dengan kesalahan seolah-olah kau telah membelasah anak orang sehingga cacat lengkungan pelvisnya.

Sepanjang aku tengok wayang kat panggung, aku dengan bebas boleh buat apa aku suka. Aku nak duduk bersila sambil makan popcorn, aku nak gelak sepuas-puasnya sampai mukus & saliva meleleh-leleh (adui jijik pulak), atau aku nak korek hidung then lap kat baju orang sebelah (jahiliah sangat ni).

Yang penting aku BEBAS! Aku dah bayar untuk 'kebebasan' tu!


Taaaappppiiiiiiiiii~

Ada satu 'tatasusila' aku telah 'diajar' dengan berkesan sewaktu menonton wayang kat panggung, ekoran daripada satu peristiwa.

Kejadian berlaku di GSC Suria Sabah. Filem: Lone Survivor, lakonan Mark Wahlberg. Cerita perang tu.

Pergilah aku dengan 2 orang member beli tiket tayangan malam. Lepas tu masuklah kitorang ke hall dan duduklah seperti normalnya orang nak menonton wayang. Kitorang masuk time dah dekat wayang nak start. Macam biasa, duduk tengok iklan, sambil chit chat jap.


-----drum roll-----
"Dum dum dum dudududummmm....."
Filem pun start.
Tayangan bermula.

Masa yang sama, tangan kiri aku masuk poket seluar kejap. Masuk poket nak mencapai sesuatu. Sesuatu yang harus ku gapai masa tu. Sesuatu yang sedang bergetar-getar. Sesuatu yang harus segera aku keluarkan. Ia amat perlu! Ok, dapat! Fuuuhh...susah betul nak ambik handphone ni.

Open lock handphone. Scroll nak open message yang masuk.

Tak sampai 5 saat aku buka handphone tu, MAT SALEH berbadan besar duduk sebelah kiri aku tetiba menyergah! Dia dekatkan kepala botaknya kat aku, dengan sepantas cahaya, satu jurus ayat dilontarkan kepadaku. Sepantas cahaya okay, hanya hujung ayat je yang clear dapat ku tangkap, "......OFF your phone!"




Jurus ayat selaju tu membuatkan aku speechless, dan hanya mampu tutup phone dan simpan balik dalam poket. Aku tak sempat pun baca message tu. Huwaaa~

"Thank you!"
Errr...weelcommee, mampu jawab dalam hati je la... Terus Robot Mode activated, mata aku fokus kat skrin, mulut aku terkunci rapat.

........................................SILENCE...........................................
..........................................MOVIE TAMAT...........................................


Itulah detik paling tegang aku berada dalam panggung, sepanjang hidup ku.


Uncle mat saleh tu fokus habis tengok cerita tu. Aku nak pandang ke kiri pun tak berani. Dah la uncle tu badan besar. Maybe dulu dia askar kot. Tak pun, pernah nak jadi askar tapi gagal, dan aku pula jadi mangsa amarah (andaian tak mengena. Haha...).

Tapi apapun uncle, terima kasih la sebab bagi pengajaran. Kena respek orang lain la kan, kalau buka tutup handphone je sepanjang tayangan, confirm la orang sebelah depan belakang kau naik tension. Belajar tatasusila menonton wayang okay! Hehe...






Friday, September 5, 2014

Aku fanatik Street Fighter!


Assalamualaikum...

Masa kecik dulu aku adalah die-hard fan of Street Fighter! Minat nak mampus gitu...


Dulu zaman aku skola rendah bukan macam zaman sekarang yang ada game kat hujung jari. Budak sekarang, smartphone tu pun tak pandang, semua game dah habis main, bosan katanya.

Dulu masa zaman hingus meleleh tak reti nak lap, kitorang main console game yang pakai kaset tu je. Itu pun menagih belas kasihan member. Maklumlah, kat kampung, siapa yang punya game kaset tu layak mendapat layanan raja. Demi game, tak apa fren, aku terima denda cikgu walaupun kau yang bersalah tarik tudung si cinta hati kau.

Game kaset. Dah kira canggih la waktu dulu.
(shared from Google)

Kalau dah pegang joystick & console tu, game yang aku nak main, of course la Street Fighter, aku nak beat member-member dalam game sebab in reality aku tak boleh menang. Ahakz~

............................................

Then, dulu kan ada jual daun terup kartun; yang depan gambar kartun, belakang dia terup. Buat main tepuk-tepuk tu (oh, indahnya mainan zaman kanak-kanak dulu).

Kitorang kat Sabah panggil benda tu 'lakatan'. Kenapa 'lakatan'? Mana aku tau, cikgu dulu tak ajar sejarah penggubalan nama lakatan. Hehe...

Inilah dia, lakatan. Ingat lagi?
(shared from Google)

Mainan tradisi, budak sekarang main tak?
(shared from Google)

FYI ya, kalau lakatan ataupun sticker Street Fighter, memang kalau boleh aku nak frame-kan. Gambar tu tak boleh terguris walaupun sedikit, apatah lagi nak ditepuk-tepuk. Terguris je sikit, aku down tak nak makan seminggu. Haha~ hiperbola sungguh!

............................................

Dah besar sikit (takde la besar sangat, umur Darjah 6 je pun), sanggup naik bas pergi bandar sebab mau main 'tintong', arcade game yang masuk token tu. Tapi masuk takut-takut sebab umur tak cukup.

Habis duit belanja skola aku, menang game-nya pun tidak. Pengaruh rakan sebaya la ni (salahkan rakan pulak kan). Tapi enjoy, sebab bersama kawan-kawan la katakan.

Arcade game a.k.a tintong. Bazir je ni  :p
(shared from Google)
............................................

Disebabkan jantina aku lelaki, so minat masa kecik tu susah nak buang, minat makin berkurang tu, Ya! Kalau ingat-ingat balik, rasa kelakar pun ada. Nasib baik sampai sekarang aku tak berimaginasi jadi Ryu. Hehe...

Ada ciri-ciri fighter tak?
Fighter yang ditakdirkan untuk kalah, mungkin ya!


Jangan malu dengan minat kita masa kecik! Chewah...
Bukannya minat korang menghendap orang dalam jamban. Ker ade? :p





Thursday, September 4, 2014

Gunting Rambut


Setiap kali pegi gunting rambut, ucapan rutin aku,
"Gunting kasi layer, tepi gunting kasi nipis."

....................................

Suatu hari di September 2014, aku masuk kedai gunting rambut:

Mata meliar ke gambar-gambar fesyen rambut kat dinding. Lawa jugak kalau gunting rambut macam ni, smart! Hurm, potongan yang tu pun lawa jugak, ok ni kalau try, stylo!

Kali ni try buat fesyen lainlah, mesti nanti nampak hensem 200%. Takkan nak stick to same style saja. Imaginasi aku dah membuak-buak dengan bayangan potongan rambut baru, wajah baru la kononnya.

Okay relaks, relaks, duduk dulu tunggu turn.


...10 minit kemudian...

Ok, customer tu dah habis gunting, so aku punya turn.
Buka spec mata, letak kat depan, labuhkan punggung atas kerusi.

Si tukang gunting bentangkan kain kat aku, dan kepilkan.
"Mau gunting macam mana?"

:
:
...silent for a moment...
:
:
:
"Errk......"
:
:
:
:
:
"Errkk, gunting kasi layer laa, tepi gunting kasi nipis."



Cis, cissit, ciskek betul! Jatuh merudum confident level saat dah duduk nak gunting!

Imaginasi tadi memang kekal imaginasi je la, fesyen & wajah tipikal kembali lagi, yeah! :p


My typical hair & face!
Sorry k, aku tak reti ber-selfie~ Haha...


Harus ada percubaan berani next time!




Wednesday, September 3, 2014

Kisah Tasen 20 sen


Adakah korang pernah mengenali Tasen the fish? Keropok yang enak, rangup, dan bisa membuatkan anda sakit separa jiwa kalau tak makan dalam seminggu. Oh, lidah aku dah mula terasa kenikmatannya. Fuh, aku sangat ingat keenakannya (bajet citer Lucy pulak).

Tak payah nak ingat sangat nikmatnya. Ada lagi peristiwa 'hitam' yang membuatkan keropok Tasen sangat diingati.



Alkisahnya dalam tahun 1996 camtu. Waktu petang, sekolah dah habis, cuaca hening, tak hujan. Berjalanlah si budak kecik yang pemalu dan comel ke kedai runcit, berbekalkan duit di tangan. Entah apa la budak kecik tu nak beli, semangat nak pergi kedai.

Di pertengahan jalan, seorang abang yang tak dikenali, budak darjah 4 atau 5 camtu, menghampiri budak tadi. "Kau pegi kedai kan, tolong belikan Tasen."
Budak tu bertanya, "Apa tu?"
Abang tu, "Kau cakap jak Tasen, kedai tu tau juga tu."
Sambil abang tu menghulurkan duit 20 sen, si adik yang innocent tu ambillah duit tu dan pergi ke kedai.

Sampai di kedai, "Ada Tasen kah?"
Pak cik kedai tu bingung, "Apa tu?" Ni bahasa alien mana pulak ni.
Si budak, "Tasen." Sambil berfikir, betulkah sebutan tu???
Pak cik tu tanya lagi, "Tasen apa ni? Tangsi kah?"
Si budak mengiyakan, dia berfikir, mungkin 'Tangsi' adalah sebutan yang betul.

Pergilah si pak cik mengambil tali tangsi & ditunjukkan kepada si budak. "Ini kan?"
Si budak yang kehairanan, dalam hati, "Mesti bukan, tangsi ni bukan harga 20 sen".
"Berapa ni harganya?"
Si pak cik menyatakan harga RMxx, semestinya bukan 20 sen.
Si budak, "Bukan ini, Tasen yang harganya 20 sen."
Si pak cik mula bingung, "Tasen harga 20 sen? Apa juga tu sebenarnya?"
Dipanggil la pula si isterinya. "Tolong tanyakan dulu, budak ni mau Tasen, kah tangsi, atau apa?"
Soalan yang sama dikemukakan oleh si isteri, "Tasen apa tu?"

.....5 minit kemudian....
Si pak cik, si isterinya, dan beberapa orang lagi masih bingung merungkaikan apakah Tasen yang berharga 20 sen tu. Hanya tali tangsi je yang paling menepati, tapi harga bukan 20 sen. Beberapa lagi barang lain difikirkan tapi masih tak berjaya menepati harga 20 sen.

Si budak tu pun keluarlah kedai dengan kegagalan mendapatkan Tasen 20 sen. Masih menggenggam syiling 20 sen.

Abang tu datang, "Mana Tasen tu?"
Si budak, "Tiada dijual." Itulah konklusi yang boleh dinoktahkan.
Si abang, "Aik, banyaknya tu dijual. Kau tau ka juga Tasen ni yang mana satu?"

Masuklah si budak semula ke kedai tu, ditemani oleh abang tu. Ok, diambilnya la KEROPOK TASEN dan ditunjukkan kat budak tu. "Inilah Tasen."

Pak cik tadi tu gelak, "Owh keropok kah? Ingatkan tangsi atau apa tadi. Cakaplah keropok Tasen."

Tak tau la mana budak tu nak letak kemaluan time tu. Malu, malu, malu ok! Pengajaran kepada si budak, jangan pandai makan keropok je, belajar nama keropok jugak. Hoho... Abang tu pun bermasalah, kan senang kalau pergi beli sendiri je. Haha~


*******
Watak si budak telah dilakonkan secara realitinya oleh Ezwan Amrin, sewaktu berstatus Darjah 2.
Akulah budak innocent tu! :p

Boleh dikira Loser jugak la sebab nama keropok Tasen yang feymes di kalangan budak-budak masa tu pun aku tak tau. Huhu...

Inilah kisah keropok yang aku takkan lupa sampai mati kot! Malu wei... Keropok-keropok Tasen tu pun kalau boleh bernyawa, memang gelak beramai-ramai kat aku. Tasen oh Tasen! Nasib baik kau sedap!




Saturday, July 26, 2014

2014: Transformers Age of Extinction, Dawn of the Planet of the Apes, The Fault in Our Stars, 22 Jump Street, Snowpiercer



Dalam entri ni, aku bagi review untuk 5 lagi filem 2014. Tiga buah filem adalah sekuel kepada movie series masing-masing. Sebuah filem pula diadaptasi daripada novel dengan tajuk sama. Sebuah filem lagi diarahkan oleh pengarah Korea tapi tayangan tak meluas lagi. Jom baca!



Transformers: Age of Extinction


Selepas 4 tahun kisah dalam filem ketiga, Transformers: Dark of the Moon [2011], unit elit CIA, Cemetery Wind yang diketuai oleh Harold Attinger (Kelsey Grammer) ditugaskan untuk memburu saki-baki Decepticons, tetapi secara rahsia diorang turut memburu Autobots, dengan bantuan robot pemburu, Lockdown. Disebabkan tu, Autobots terpaksa bersembunyi.


Cade Yeager (Mark Wahlberg) dan anaknya, Tessa Yeager (Nicola Peltz) cuba menyembunyikan Optimus Prime yang cedera tetapi menghadapi ancaman apabila Prime berjaya dikesan oleh unit Cemetery Wind. Dengan bantuan Shane Dyson (Jack Reynor) dan sisa tenaga Prime, Cade dan Tessa dapat melepaskan diri. Keputusan diorang untuk berpihak kepada Autobots membawa ancaman yang lebih besar.


Pada masa yang sama, Joshua Joyce (Stanley Tucci) berjaya mencipta transformium, which is unstable metal yang boleh berubah kepada apa saja. Tujuan dia adalah nak buat Transformers sendiri, tapi jahanam atau tak tindakan dia tu, korang kenalah tengok sendiri okay.


Dari segi aksi, seperti biasa, semestinya smart & powerful! Sepanjang cerita dipenuhi dengan aksi. Tapi bila padat sangat dengan aksi + 'bunyi mesin', mata kau akan jadi berpinar-pinar, telinga kau akan berdengung-dengung, sehingga kau rasa pawagam tu adalah kilang buat mesin.


Plot agak complicated. Sejam pertama mampu beri kita semangat untuk stick to the story, tapi selepas tu, jalan cerita dah berpusing ke sana sini, jadi rumit. Kalau cerita diringkaskan sedikit dengan plot yang teratur, it will be better. Cerita bercabang-cabang tapi fokus hilang.



Durasi agak panjang, 2 jam 40 minit tapi ada scene yang kalau takde pun, takpe. Buat semak cerita je. Ada kejap tu terasa macam tengok filem Alien VS Predator. Whatdaa~ 

By the way, Mark Wahlberg sangat sesuai jadi hero baru cerita Transformers, dia bawa watak dengan best! Kira tak sia-sialah tukar hero utama.


Filem Transformers: Age of Extinction [2014] hanya meneruskan legasi penceritaan Transformers, jangan expect ada pembaharuan lain. Awal-awal cerita cukup menarik, tapi lepas tu dah hampeh sikit.

However since Transformers series dah punya ramai peminat, as at 26/07/2014 (within 1 month released), filem ni dah cecah kutipan tertinggi seluruh dunia (No. 1 Box Office worldwide) untuk tahun 2014, dengan pungutan ~$892.2 juta. Hebat tak hebat? But as overall, aku bagi 6.5/10 bintang, cerita tak sehebat populariti.




Dawn of the Planet of the Apes


Bermula pada tahun 2016, virus ALZ-113 yang merebak dalam kalangan manusia telah menyebabkan banyak kematian, rusuhan awam, dan kehancuran ekonomi seluruh dunia. Pada masa yang sama, sebuah komuniti beruk dengan abiliti luar biasa telah berkembang kat hutan Muir, di bawah pimpinan Caesar (Andy Serkis).


Di San Francisco, sekumpulan manusia, diketuai oleh Dreyfus (Gary Oldman), yang imun kepada virus ALZ-113 terpaksa mencari sumber jana kuasa untuk membekalkan elektrik jangka panjang kepada bandar diorang yang dah musnah. Untuk masuk ke sebuah empangan hidroelektrik lama kat hutan Muir, Malcolm (Jason Clarke) yang mengetuai misi tu perlu mendapatkan kebenaran daripada Caesar dahulu.


Dengan syarat tiada senjata dibenarkan, Caesar membenarkan Malcolm dan kumpulannya untuk melakukan kerja kat empangan tersebut. Tapi tak semua beruk boleh bertoleransi atas sebab dendam terhadap kejahatan manusia, dan tak semua manusia tu akan tunduk je kepada kekuatan beruk. Kewujudan konflik di antara kedua-duanya membawa kepada insiden yang lebih teruk.


First, nak puji visual grafik dia, memang terbaik! Muka-muka beruk tu nampak sangat real, dengan facial expression yang sangat menjadi. Dengan teknologi grafik yang bagus, emosi beruk-beruk tu berjaya sampai kat penonton.


Plot bagus with unexpected story, dan berbeza dari banyak segi dengan previous film, Rise of the Planet of the Apes [2011]. Awal cerita adalah pengenalan terhadap kehidupan luar biasa komuniti beruk, dan fokus seterusnya diberikan kepada hubungan beruk tu dengan kaum manusia. Konflik dalaman manusia dan beruk tu berbeza tapi keduanya menuju satu kemuncak yang kau tak expect apa bakal terjadi.


Elemen thriller tu wujud dalam filem sebab in some scenes, ada ditunjukkan betapa ngerinya beruk tu. Some scenes sememangnya unik dan terbaik, termasuklah pertarungan between apes, dan konflik kejahatan between apes & human. Ada satu scene tu best, seekor beruk tu buat-buat bodoh, then rampas senjata dan tembak mati orang, kejam la tapi stylo~


Filem Dawn of the Planet of the Apes [2014] sesuai kalau korang nak sesuatu kelainan daripada biasa. Filem ni penuh dengan dramatic moments yang buat kita rasa ada something unique kat situ. Aku bagi 8.5/10 bintang untuk filem ni. Great movie!




The Fault in Our Stars


Hazel Grace Lancaster (Shailene Woodley) ialah seorang remaja perempuan yang menghidapi kanser tiroid yang telah merebak ke peparu. Pertemuan dengan Augustus Waters (Ansel Elgort), seorang remaja lelaki yang kehilangan sebelah kaki sebab osteosarcoma, memberi Hazel sedikit kegembiraan.


Diorang berkongsi pengalaman kanser masing-masing dan bersetuju untuk baca each other's favorite novels. Hazel mengesyorkan novel An Imperial Affliction, menceritakan tentang gadis penghidap kanser bernama Anna yang mempunyai pengalaman yang sama dengan Hazel.


Augustus yang tak puas hati dengan ending novel tu telah mengejutkan Hazel apabila dia membeli tiket ke Amsterdam untuk membawa Hazel berjumpa dengan Peter van Houten, penulis novel tersebut. Trip ke Amsterdam merapatkan lagi hubungan diorang tetapi berjayakah hubungan cinta dengan kekangan kesihatan masing-masing yang semakin terjejas?


Cerita romantik yang bersahaja tetapi penuh dengan emosi. Dah lama tak layan filem-filem jiwang ni, sesekali layan best jugak. Haha... Plot simple je tapi olahan cerita tu yang best, buat kita terus follow the story tanpa rasa boring sepanjang cerita. Dengan lawak-lawak spontan diselitkan, for sure korang takkan tidur time tengok.


Bagusnya lagi, The Fault in Our Stars [2014] tak jiwang meleleh walaupun sangat sedih di akhir cerita! Korang jangan lupa bawa kaca mata hitam okay, boleh pakai lepas keluar panggung. Huhu... Lakonan kedua pelakon tu pun terbaik, berjaya menghidupkan watak dan mewujudkan the best chemistry. Hehe~


Antara filem romantik drama yang terbaik tahun ni, aku berani jamin. Aku tak pernah baca novel dia, tapi filem ni pun dah cukup power. Touching gak tapi itu yang menguatkan the story, so aku bagi 8.5/10 bintang. Always! Okay!




22 Jump Street


Dua tahun selepas kejayaan dalam program 21 Jump Street [2012], Morton Schmidt (Jonah Hill) dan Greg Jenko (Channing Tatum) kembali bertugas seperti biasa. Tetapi selepas gagal menumpaskan sekumpulan pengedar dadah yang diketuai oleh Ghost (Peter Stormare), diorang dimasukkan semula ke program di bawah Captain Dickson (Ice Cube), berpangkalan kat 22 Jump Street.


Tugasan Schmidt dan Jenko adalah menyamar sebagai pelajar kolej untuk menyiasat pembekal kepada sejenis dadah, WHYPHY yang telah membunuh seorang pelajar yang mengambil dadah tersebut. Di kolej, Jenko mendapat rakan baru, Zook (Wyatt Russell) yang seterusnya menjadi suspek kepada siasatan diorang.


Keakraban Jenko dengan Zook & football team menyebabkan kerenggangan hubungan dia dengan Schmidt. Masa tu juga, Schmidt menghadapi konflik cinta dengan seorang pelajar seni, Maya (Amber Stevens). Penyiasatan diorang pun terjejas dan keadaan menjadi rumit. Macam mana rumitnya keadaan tu, itu tugas korang untuk find out sendiri.


Ini bukan cerita gay okay walaupun ada kejap terasa macam tu. Haha~ Actually, ia menyentuh hubungan persahabatan sejati antara lelaki. Bromance chemistry antara Schmidt dan Jenko begitu kuat, lakonan diorang sangat menjadi. Keakraban yang sejati tapi kelakar.


Gelak memanjang tengok cerita ni, dengan dialog humor, aksi yang lawak, babak-babak bengong dan selamba, memang pecah perut! Sentiasa teringat funny moments cerita ni, melekat. Hehe... At the same time, jalan cerita tak terjejas dengan humor parts yang diselitkan.


 Aku mengharapkan siri filem Jump Street ni berterusan sebab filem 22 Jump Street [2014] ni pun mantap as the first one. Kisah penyiasatan polis yang enjoy untuk dilayan, tak berat dan spontan je. Boleh la bagi 8/10 bintang.




Snowpiercer

Filem Snowpiercer ni dah ditayangkan di South Korea pada Ogos 2013. Itu sebab dah boleh download dan aku dah tengok. International release adalah pada tahun ni, kelewatan atas sebab kontroversi tertentu. Tapi tak tahulah kalau filem ni akan release kat Malaysia.


Ia menceritakan tentang sekumpulan manusia yang mendiami sebuah keretapi besar, dikenali sebagai Snowpiercer. Hanya kumpulan manusia ni je yang terselamat selepas Bumi membeku akibat kegagalan eksperimen untuk menangani global warming pada 2014. Snowpiercer ni mempunyai perpetual-motion engine, yang membolehkan ia bergerak mengelilingi dunia tanpa henti.


Dalam keretapi tu, golongan elit duduk kat gerabak-gerabak hadapan manakala golongan miskin ditempatkan kat bahagian ekor (hujung) keretapi. Pada tahun 2031, golongan miskin yang dah lama hidup tertindas mula membuat pemberontakan menentang golongan elit yang kejam.


Curtis (Chris Evans) mengetuai pemberontakan tersebut, dengan bantuan bersyarat daripada Namgoong Minsu (Song Kang-ho), orang yang membina pintu-pintu yang memisahkan setiap gerabak. Semakin diorang menuju ke gerabak hadapan, semakin besar & sadis halangan yang diorang tempuhi. Try la tonton ok~


Dah lama tak tengok cerita science fiction thriller yang best macam ni. Idea cerita ni unik - manusia tinggal dalam keretapi bergerak untuk terus hidup, at the same time, wujud sistem kelas manusia kat dalam tu. Idea ni didokong oleh penceritaan yang tak berat sangat, dan plot yang bagus. Sukar nak jangka how the story goes, sebab kejutan demi kejutan berlaku sepanjang cerita.


Aspek moraliti dipaparkan dengan berkesan terutama penindasan golongan elit terhadap yang miskin. Pelakon-pelakon berjaya bawa watak. Kita tonton pun terasa benci sangat dengan golongan elit, kekejaman diorang tu menonjol, dan masa yang sama, terkesan juga dengan kesusahan golongan miskin. Kesadisan pasukan elit bersenjata dalam satu scene pula berjaya 'menggelapkan' lagi cerita ni.


Snowpiercer [2014] bukan cerita tipikal yang hanya nak tunjuk siapa berjaya hidup, dan siapa yang mati dalam suatu peristiwa hitam. Penekanan terhadap aspek kemanusiaan turut cuba ditonjolkan. Aspek sebegini menyamai realiti sekarang yang mana golongan susah masih hidup tertindas tanpa cukup bantuan. Okay keseluruhannya, filem ni aku bagi 8.5/10 bintang. Best!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah Bawah Bayu