Klik Untuk Tawaran Hebat!

Saturday, April 25, 2015

Avengers: Age of Ultron [2015]


 Avengers: Age of Ultron adalah filem yang dinanti-nantikan tahun ni, bahkan ada yang tertunggunya sejak melangkah keluar panggung lepas tengok The Avengers 2012 dulu. Aku la tuu... Haha~ Maklumlah penangan The Avengers masa tu memang kaw kaw bagi impak besar!


Filem ni mengambil tempat selepas kemusnahan S.H.I.E.L.D. dalam filem Captain America: The Winter Soldier [2014]. Tony Stark dalam usaha mencipta satu program pengaman dinamakan sebagai Ultron. Ultron adalah artificial intelligence yang Stark cuba siapkan dengan bantuan Bruce Banner tapi tanpa pengetahuan team member yang lain.


Hasil jadi sebaliknya apabila Ultron ni menganggap manusia adalah musuh utama yang harus dibasmi. Jadi Iron Man, Captain America, Thor, Hulk, Black Widow dan Hawkeye perlu bergabung tenaga musnahkan Ultron. Tapi bukan mudah sebab dah la Ultron tu kuat, diorang terpaksa berdepan jugak dengan pasangan kembar misteri, Pietro dan Wanda Maximoff. Fuuh...


Skop cerita Avengers bertambah luas dengan pengenalan beberapa karekter baru. Ada karekter diperkenalkan sebagai intro untuk next Marvel's film. Selain tu, fokus diberikan kepada beberapa karekter lama untuk kita lebih dekat dengan watak diorang - sedikit kisah silam Black Widow didedahkan dan tak sangka Hawkeye rupanya dah ada anak. Ye la, diorang takda individual film.


Kemunculan twins, Pietro Maximoff & Wanda Maximoff adalah aset yang meningkatkan daya tarikan filem. Tapi sayang watak diorang tak berapa developed sangat bagi aku. Rasa kurang connection dengan watak kembar tu. Apapun, peranan diorang penting jugak & superpower diorang smart!



Seperti filem sebelum ni, konflik antara ahli Avengers turut timbul. Persefahaman yang tak tercapai dalam suatu perkara adalah dasar yang mengembangkan jalan cerita. Self-conflict yang wujud dalam sesetengah hero juga menguatkan lagi cerita. Walaupun banyak watak, then of course wujud beberapa sub-conflict, tapi storyline masih teratur.



Aksi jangan cakaplah... Kalau aksi cincai-cincai, bukan Avengers namanya. Dari awal cerita sampai habis, action to the fullest! Besar betul kemusnahan diorang buat. Haha... Aksi terbaik! Visual effect pun cun! Iron Man versus Hulk memang epik! Penjahat Ultron tu stylo gak, tapi kalau nak compare, Loki adalah the best villain.



Filem ni tak lari jauh dari konsep filem superhero. Sedikit tipikal bila tumpuan banyak kepada aksi tapi kurang adunan kat plot cerita. Tu yang rasa jalan cerita sedikit mendatar. Walapun tak sehebat filem pertama, ia boleh dikategorikan sebagai sekuel yang bagus. Aku bagi 8/10 bintang. Avengers, assemble!




Monday, April 6, 2015

East Java Trip 2015: #2 - Bromo

East Java Trip (26/02/2015 - 02/03/2015)

Bromo - 01/03/2015
Entri sebelum ni: #1 - Ijen

Pembuka bicara, Bismillah~

Sebelum ni dah cerita pasal Ijen, entri ni aku sambung cerita trip hari tu. Jarak dari Ijen ke Bromo lebih kurang 6 jam perjalanan kereta. Pukul 1 petang waktu Indonesia, kitorang gerak dari Ijen. Dalam pukul 7 malam, sampai la ke Bromo, then terus check-in kat Bromo Permai Hotel. Hotel ni dekat je dengan Gunung Bromo, dan kawasan tanah tinggi kan, so agak sejuk la. Standby baju sejuk, baju tebal atau jaket ok!

Entrance fee at weekend (for foreigner) = Rp 327,000 per pax

Kat Bromo ni, tentatif semua orang sama je. Kena bangun awal, 2.30 pagi gerak dari hotel ke Penanjakan Peak. Lebih kurang sejam perjalanan. Peak tu adalah the highest point to catch sunrise. Perlu sampai awal untuk dapatkan tempat yang convenient tengok sunrise. Lambat memang menangis la sebab situ adalah lautan manusia, apatah lagi hujung minggu.

Kesesakan yang mengalahkan himpitan sardin dalam tin.

Walaupun kitorang dapat best 'seats', but at the end, menangis jugak la. Matahari tak muncul pulak. Matahari dah lari ke Malaysia, jahat betul Hafiz, nyanyi lagu Matahari tak sudah-sudah. Kitorang tunggu sejak 3.30 pagi, sunrise dalam pukul 5.30 pagi. Kabus tebal sangat masa tu, jadi pergilah kami membawa diri.

Sepanjang jalan kat Penanjakan Peak ni dipenuhi dengan jeep. Anggaran dalam 100++ buah jeep kat situ. Mungkin lebih lagi, entahlah tapi memang banyak.

Diri yang lara tadi tu lari menempel kat point ni. Tempat ni bukan the highest point, tapi di sini pemandangan gunung & banjaran jelas sikit.

Setelah berlegar-legar, dalam pukul 7 pagi, kitorang masuk ke Wisata Bromo. Situ adalah kawasan pasir yang terbentang luas, dibanjiri dengan jutaan jeep, manusia dan kuda. Tapi kat situ sejuk la.

Jarak dari kawasan parkir jeep ke kaki Gunung Bromo lebih kurang 1 km lebih. You have several options; jalan kaki, lari jarak jauh, atau naik kuda. Kuda ada banyak, orang kat Bromo ni pelihara dari kecil. Pelbagai saiz. Aku dapat yang saiz macam aku. Haha~ Harga kuda bergantung kepada tawar-menawar anda.

The bottom of Mount Bromo. Dalam 200 anak tangga kena naik untuk tengok Kawah Bromo. Atas tu crowded sikit, tapi kira ok la. Takde la kau bersesak sampai tertimbul niat nak tolak orang lain jatuh kawah.

Bila dah pijak puncak Kawah Bromo, ni view yang korang boleh lihat dari atas. Kecik ja manusia kat bawah tu, sebesar butir-butir nasi yang biasa kau tumpahkan waktu makan tengahari.

Inilah Kawah Bromo. Besar kawah ni. Selama 15 minit aku stay kat puncak tu, ada sekali tetiba asap kawah tu menebal dan angin ke arah kitorang, fuuh ambik kau, sedap makan sulfur. Berlinang airmata meratapi kepedihan asap.

Gaya seposen. Background macam lukisan kan? Erk, fokus kepada background, bukan kepada orang. LOL

Can you see his size? Maksud aku kuda tu. That's why aku rasa dia kejap-kejap berhenti, sebab aku ni berat kot. Hoho... Kalau korang nak naik nanti, try la nego kaw kaw sebelum decide nak sewa, sebab boleh dapat lagi murah daripada yang kitorang kena. Aku dah macam nak gaduh dengan brader tuan kuda sebab tukar-tukar harga sesuka hati. Tapi good to try, bila lagi nak merasa naik kuda kat kawasan gunung.
Riding pony horse (return) = Rp 150,000 per pax


Luas sungguh kawasan ni, orang situ panggil tempat ni Pasir Berbisik. Ni depan Gunung Bromo je.

Setelah puas merayau dekat kawah, pukul 9 pagi kitorang pergi ke The Savannah (Bukit Teletubbies). Area situ-situ jugak, sebelah saja dengan Kawah Bromo. Dinamakan Bukit Teletubbies sebab tempat tu macam dalam rancangan kanak-kanak Teletubbies tu la. Harus tengok depan-depan, baru korang rasa kagum.

Sebab suka dengan kawasan hijau, aku sanggup jalan pegi dekat kaki bukit tu. Nak tau jugak apa tumbuhan yang ada di situ. Nampak macam dekat, padahal jauh jugak tau dari kawasan parkir ke kaki bukit tu. Dah sampai situ, apa salahnya aku pose kejap. Huahaha...

Pukul 11 pagi kitorang check-out dari hotel, nak balik semula ke Surabaya. Pemandangan sepanjang kawasan Bromo tu pun lawa, lalu kawasan-kawasan kampung tanah tinggi. Eh, tersesat la pulak ke kampung Hobbit.

Tanaman bukit, warna-warni jadinya kawasan tu.

Goodbye Bromo!



Air Terjun Madakaripura, Probolinggo

Sebelum balik ke Surabaya, kitorang singgah ke Madakaripura Waterfall, yang terletak di wilayah Probolinggo. Sejam lebih perjalanan dari Bromo ke kawasan air terjun tu. Dari car park ke air terjun pula, kena trekking dalam 45 minit. Boleh tahan jugak la jauhnya.


Tak sia-sia la penat berjalan tu, sebab kawasan air terjun memang cantik. Ada banyak air terjun kat situ sebenarnya, air mencurah-curah jatuh ke ubun-ubun.

Yang ni air terjun terbesar. Waktu tu hujan, angin kencang, habis basah satu badan. Tak boleh elak, memang wajib terbasah jugak.

Air terjun terbesar tu sangat deras, ditambah lagi dengan masa tu hujan. Sebab tu jugak, air situ jadi keruh.

Bersejuk-sejuk di Bromo, berbasah-basahan di Madakaripura. Best!




Saturday, April 4, 2015

Furious 7 [2015]


Dah tengok Furious 7? Belum lagi? Jom jom tengok!


Furious 7 ni storyline dia simple ja, musuh nak balas dendam, hero nak protect orang tersayang. Dominic Toretto (Vin Diesel), Brian O'Conner (Paul Walker), keluarga dan geng diorang menghadapi ancaman apabila Deckard Shaw (Jason Statham) muncul ingin membalas dendam ke atas adiknya, Owen Shaw yang parah 'dikerjakan' oleh Dom & the gang dalam filem lepas, Fast & Furious 6.


Cerita yang straighforward, tak banyak menyimpang dari idea asal. Tinggal dipadatkan dengan aksi yang dah seiring dengan tajuk siri ni. Beberapa aksi punya wow factor, which is kau tak jangka to be happened. Itu dah sinonim dengan siri Fast & Furious, sentiasa muncul dengan car action yang tak terfikir dek akal kita, hingga buat jiwa kau excited & mata kau tak berkelip langsung tengok. Gila betul!



Tak cukup dengan kereta kejar-mengejar, the thrill of Furious 7 ditambah lagi dengan hand-to-hand combat. Nice moves they've got! Aksi tumbuk terajang diorang tak nampak kaku atau dibuat-buat. Awesome! Cuma bila dah sarat dengan aksi, ketidaklogikan makin jelas, fiksyen makin berlebihan, karakter dah macam superhuman.


Plot cerita berkembang sebab si hero nak cari si musuh yang sangatlah sukar dikesan. Tapi masa yang sama, si musuh ada je muncul nak rosakkan rancangan si hero. "Eh, perlukah dia muncul time ni?" Okay, dah wujud konflik dua hala yang bagi aku dah kurangkan impak kat klimaks cerita.


Ending yang digarap sebagai farewell kepada Paul Walker memang terbaik. Tersirat makna dan mendalam sangat, sungguh menyentuh hati sanubari. Huhu... Aku tak nak la spoil-kan camna ending untuk watak Brian O'Conner, korang kena tonton sendiri ok. Touching!



Layan lagu bawah ni:
Tribute to Paul Walker (Furious 7 OST)
Wiz Khalifa - See You Again (feat. Charlie Puth)


Secara keseluruhan, Furious 7 masih mengekalkan tema dan konsep franchise ni. Tiada kelainan yang menjadikan ia unik dari filem sebelumnya. Disebabkan siri ni dah ada loyal fan base, so produser nak kisah apa sangat kan. Hehe... Pengarah James Wan yang popular dengan filem seram seperti Saw, Insidious & The Conjuring ternyata tak mengecewakan untuk filem bergenre aksi. Aku bagi Furious 7 ni 7.5/10 bintang. Vrooom!!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah Bawah Bayu